Maria binti Kassim merupakan pemilik Kedai Kasut Millique Maju  yang beroperasi hampir 10 tahun. Kedai tersebut  terletak di Lot Bangunan Arked Mara Jerantut. Perniagaan pertama Maria bermula pada tahun 2008 secara kecilan di Uptown Jerantut dengan modal yang kecil hasil titik peluhnya sendiri. Pada tahun 2011, beliau mula mengusahakan perniagaan secara serius apabila mendapati wujud trend permintaan yang tinggi dalam kalangan remaja.