Kedai Antu Siang Malam diusahakan oleh Muhammad Yaser bersama isteri beliau, Umie Kalsum. Kedai ini sudah bertapak selama lebih 10 tahun dan terkenal dengan Nasi Goreng Antu Kunyit selain menu lain seperti Char Keuy Tiaw, Mee Goreng, Laksa dan banyak lagi. Lokasi terkini Kedai Antu Siang Malam dibangunan pasaraya aktif lama bersebelahan Kosmetik Nurul, berdekatan bangunan MDJ.