Sehingga 3 Mei 2021, jam 12.00 tengah hari, sebanyak 55 kes baru telah dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang adalah sebanyak 5325 kes. Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 377 kes. Terdapat 32 kes sembuh harian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4916 kes manakala jumlah kematian adalah 32 kes.

*55 KES BARU*

Zon Merah: Daerah Kuantan, Daerah Temerloh, Daerah Bentong, Daerah Raub

Zon Kuning: Daerah Maran, Daerah Bera, Daerah Lipis, Daerah Cameron Highlands, Daerah Jerantut, Daerah Pekan, Daerah Rompin.

(Warna zon merujuk kepada jumlah kes jangkitan tempatan yang dilaporkan dalam tempoh 14 hari ke belakang, bukan jumlah kes aktif). Zon merah (41 kes dan ke atas), Zon Oren (21-40 kes), Zon Kuning (1-20 kes), Zon Hijau (0 kes)