Sawah Padi Bukit Gintong terletak di Kg Gintong, Jerantut. Akses ke kampung ini samada melalui Tebing Tinggi, Kg Bukit Genting atau melalui Kg Pedah.

 

    

    

 Keretapi ATV di I-City Jerantut . Mula beroperasi pada bulan November 2021 dengan bayaran yang dikenakan adalah Rm5 per individu. Sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa. 

 

   

Bukit Panau yang terletak di laluan utama Jerantut- Benta dengan setinggi 396 meter menjadi antara lokasi terbaru untuk para pengemar sukan lasak dan juga menjadi tumpuan para pencinta alam bagi menyaksikan sendiri kehadiran pelbagai spesies burung liar yang terbang bebas di habitatnya. Antara spesis burung yang direkodkan termasuk Long-billed Partage dan Helmelted Hornbill. Malah, siulan burung jenis Wak-wak dan Siamang juga turut kedengaran.

 

      

      

  

Sungai Rengat, Ulu Cheka yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Jerantut menyajikan air sungai yang jernih dan sejuk dikelilingi kebun sawit dan getah serta dilatari banjaran Gunung Benom. Perjalanan ke sungai itu kira-kira 3 kilometer dari jalan besar, Damak-Perlok, pengunjung akan melalui kebun sawit dan getah untuk sampai ke sungai ini. Sungai yang berjeram, berlata, serta merupakan sumber air yang penting untuk kewujudan air terjun, tapak perkhemahan, juga tempat ‘base camp’ untuk pencinta alam semula jadi.

Selain keseronokan dan pengalaman yang indah kepada para pengunjung bila mereka menikmati kesejukan semula jadi air sungai yang di antara enam hingga 10 selsius yang sejernih kristal di sungai itu. Berdekatan dengan sungai itu adalah salah satu laluan untuk permulaan mendaki Gunung Benum dengan ketinggian 2,107 meter (6,913 kaki) dari aras laut adalah gunung kedua tertinggi di Pahang terletak di dalam tiga daerah, Jerantut, Raub dan Temerloh.

      

       

Jerantut Skatepark dibina pada tahun 2012 dan beralamat di Taman Lknp, 27000 Jerantut, Pahang.