Jerantut kaya dengan sejarah peperangan dan pastinya nama Mat Kilau tidak akan pernah terpisah daripada dikaitkan dengan daerah ini. Laman Mat Kilau yang di bina berhadapan Ibu Pejabat Polis Jerantut oleh pihak MDJ wajar dipuji kerana memberi maklumat kepada masyarakat mengenai tokoh Pahang yang banyak berjasa. Selain itu, ia mampu meningkatkan semangat cintakan tanah air kepada penduduk tempatan dan juga penduduk luar Jerantut

http://pahang-ku.blogspot.com/2013/05/bangga-wujud-laman-mat-kilau.html

 

      

      

Jangan menyangka bahawa hanya Shah Alam sahaja mempunyai I  City tetapi Jerantut juga tak kalah hebatnya.  Tempat menarik di Jerantut yang disinari lampu berwarna-warni ini merupakan taman permainan dan taman rekreasi terbaru di daerah Jerantut. 

Taman permainan yang terletak berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut ini berjaya menambat hati para pengujung untuk datang bersantai bersama keluarga pada waktu malam. Lampu-lampu pada waktu malam adalah tarikan tempat ini terhadap pengunjung.

Majlis Daerah Jerantut berjaya menyediakan kawasan santai dan rehat ini dengan segala kemudahan. Macam-macam aktiviti di sini yang wajib anda cuba seperti kereta api mini, buaian besar yang dikenali sebagai eye on Jerantut dan juga tidak ketinggalan gerai-gerai untuk anda menjamu selera.

 

   

   

Bukit Buluh terletak di Felda Padang Piol, Jerantut Pahang. Bukit Buluh digelar sebagai Red Forest dikalangan pendaki kerana keunikan pokok di kawasan tersebut yang mana kebanyakannya memiliki batang yang bewarna kemerahan. Bukit Buluh berketinggian sekitar 371 meter dan masa pendakian mengambil masa lebih 1 jam untuk sampai ke puncak. Makin tinggi pendakian makin cantik dan mempersonakan pemandangan yang disajikan.

 

Bukit Istana terletak kira-kira lebih kurang lima Kilometer dari barat Bandar Jerantut dan mengambil masa kira-kira 10 minit perjalanan untuk sampai ke destinasi dengan menaiki kereta atau motorsikal. Asal nama bukit istana ini amat berkait rapat dengan adanya istana tinggal yang pernah dibina semasa Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassimu Billah Shah. Pembinaan istana ini penulis sendiri tidak mengetahui secara tepat bila ianya dibina, bermungkinan besar sekitar tahuan 1960an, sekitar dalam tahun 1970an istana ini masih gah berdiri sehingga sekitar tahun 1980an istana ini seakan sudah terbiar sepi meniti hari. Di atas bukit istana ini terdapat Pencawang RTM , TV3 dan TELEKOM Malaysia.

 Sumber : http://uswahazizah.blogspot.com/2015/04/pemandangan-daripada-bukit-istana.html

 

   

   

Tasik Taman Teratai salah satu lokasi beriadah untuk warga Jerantut. Tasik Teratai ini dijadikan tempat berjogging,tempat santai seisi keluarga dan beriadah seisi keluarga.