Hotel Darulmakmur di Jerantut mula beroperasi pada 1 Jun 2012 menawarkan 39 bilik hotel dan kemudahan Dewan Seminar. Hotel yang bertaraf 2 bintang ini terletak di Jalan Besar, Bandar Lama, Jerantut, Pahang. Hotel ini diuruskan oleh anak syarikat Majlis iaitu MUIP Urus Sdn Bhd dan bersedia untuk menawarkan pelbagai kemudahan mengikut keperluan pelanggan di samping perkhidmatan yang berkualiti pada setiap masa dan patuh syariah.

Hotel Darulmakmur mempunyai bilik-bilik moden dengan WiFi percuma dan menawarkan akses mudah ke Lebuh Raya Pantai Timur Malaysia. Ia menawarkan tempat letak kenderaan percuma, penerimaan tetamu 24 jam dan 2 pilihan tempat menjamu selera.

Berkarpet serta dilengkapi dengan perabot kayu gelap, bilik-bilik berhawa dingin di sini mempunyai TV satelit skrin rata, bar mini dan cerek elektrik. Bilik mandi peribadi mempunyai pancuran mandian, pengering rambut dan jubah mandi. Para tetamu mempunyai akses ke kemudahan simpanan bagasi dan pusat perniagaan. Dobi dan perkhidmatan bilik juga disediakan. Seri Makmur Coffee House menyajikan masakan Asia dan Barat. Tepian Darul Makmur CafĂ© pakar dalam hidangan Stimbot (hot pot).

 

      

     

 Hotel bertaraf 4 bintang di Jerantut. Mula beroperasi pada 15 januari 2019, tempat yang strategik ditengah-tengah bandar. Berhampiran pasaraya besar, restoran, dan perumahan serta pelancongan.

park park3 park2

    PEMANDANGAN HOTEL                  RUANG MENJAMU SELERA            MENU YANG DISEDIAKAN

Lembah Kiol, yang dikelilingi oleh Hutan Hujan Tropika, amat sesuai dijadikan tempat untuk menenangkan jiwa dan emosi. Jika anda ingin merasai kesejukan air tejun, serta suasana pemandangan yang dikelilingi hutan menghijau, air terjun Lata Meraung di Lembah Kiol adalah jawapannya.

Di sini juga terdapat kawasan perkelahan, alam semulajadi yang didampingi oleh bukit-bukau, gunung-ganang, jeram semulajadi, flora dan fauna, seni taman landskap, tempat memancing, paver footpater, tangga dan juga tempat permainan sukan bagi kemudahan kepada para pelancong seperti lumba basikal, maraton dan sebagainya. Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Perhutanan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memastikan para pengunjung ke sini berada dalam keadaan yang selesa seiring dengan keindahan alam semulajadinya.

Bagi memenuhi keselesaan pengunjung yang mengunjungi kawasan ini, pihak Taman Negara telah menyediakan beberapa kemudahan dan antaranya ialah chalet, tapak perkhemahan, bangku rehat, tandas awam, restoran, kedai cenderamata dan sebagainya. Selain itu, bekalan air, elektrik dan telekomunikasi turut disediakan.

66 55

 

 

Perjalanan mengelilingi perusahaan kawasan memproses minyak kelapa sawit, ladang getah serta menjelajah ke Gunung Senyum juga mendaki sambil mengembara di Kota Gelanggi adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan. Untuk merasainya kunjungilah Tekam Plantation Resort. Setelah penat mengelilingi tempat-tempat yang menarik di Tekam Plantation Resort anda bolehlah merehatkan diri dengan menginap di sini. Tekam Plantation Resort turut menyediakan pelancongan berasaskan agro-tourism, aktiviti berpasukan seperti mountain bikes dan memancing.

Aktiviti-aktiviti ini sudah pasti dapat memupuk semangat kekeluargaan dan sekaligus merapatkan tali silaturrahim. Para pelancong tidak perlu bimbang apabila berkunjung ke sini kerana segala kemudahan disediakan seperti chalet, tandas, bangku rehat, kolam renang, padang golf 18 lubang, dusun buah-buahan, bilik mesyuarat dan sebagainya.

 

1 22

Terletak kira-kira 25 km dari bandar Jerantut, gua lagenda ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Gua-gua di sini dikenali dengan nama kota iaitu Kota Tongkat, Kota Kepayang, Kota Rehut, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Jin dan Kota Balai. Gua Kota Gelanggi sering dikaitkan dengan orang bunian dan Sang Kelembai. Terdapat pelbagai bentuk batu yang menyerupai manusia bersanding, ular, singa dan sebagainya. Kejadian ini dikaitkan dengan sumpahan Sang Kelembai iaitu makhluk yang mempunyai kuasa sakti yang menyumpah sesuatu menjadi batu. Mengikut kajian Muzium Negara pada tahun 1981, terdapat bukti bahawa barang-barang yang dijumpai di dalamnya adalah tinggalan manusia zaman purba.

Terdapat juga pengkaji sejarah mengatakan gua ini pada masa dahulu adalah sebuah negeri yang besar. Gua ini dipercayai tempat persembunyian Maharaja Dewa Sura ketika diburu oleh angkatan tentera Melaka pada abad ke-15. Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau dan Tok Gajah juga dikatakan berlindung dan bertapa di dalam gua ini. Asal usul nama Gelanggi ini berasal daripada perkataan Siam iaitu Klang Kio atau Gelang Gio.

Pada masa itu, tempat ini dipercayai diminati oleh orang-orang Siam. Kisah Lagenda menceritakan kawasan ini telah diperintah oleh Raja Gelanggi yang mempunyai seorang puteri yang cantik. Anak Raja Mambang dari Lipis telah melamar puteri tersebut. Walau bagaimanapun, anak Raja Usul dari Bera telah bertemu dengan puteri tersebut semasa berburu, lalu jatuh cinta dan bersetuju untuk berkahwin. Perkara ini telah diketahui oleh anak Raja Mambang lalu menyerang anak Raja Usul. Anak Raja Mambang mati dibunuh oleh anak Raja Usul lalu anak Raja Usul berkahwin dengan Puteri Gelanggi.