PATIN CLAYPOT

Claypot Ikan Patin

***1 Set
Patin Tempoyak Claypot

+ Nasi Putih

+ Telur Masin

+ Ulam

+ Sambal

+ Air )
....Hanya RM8.00 Sahaja.

#Amat menyelerakan, dengan rasa yang segar,

#Anda order, baru dimasak. Sememangnya panas.

Kiosk di Kompleks Pasar Tani Kekal Jerantut.
Waktu operasi: 9.00pagi – 3.00petang

Sebarang pertanyaan : 01112157521
www.wasap.my/601112157521

Sumber dari : https://www.facebook.com/PEJABATFAMADAERAHJERANTUT/posts/887417551417119

  

 

 

Jerantut Hill Resort is a beautiful and spacious 3-star hotel wholly owned by Perdana Restu Sdn.Bhd. It is situated on high ground; allows you to relax in breezy, quiet and peaceful atmosphere amidst lush greenery. You can enjoy the panoramic view of the surroundings including Jerantut Town. The Resort is conveniently located 1.5km away from the main town of Jerantut, just minutes away from the Taxi & Bus Station .Beyond the comfort of the bed, the beauty of the flowers, or the serenity of the environment, it's the people of Jerantut Hill resort who make each experience so remarkable.

 

  

  

Taman Arnab atau Rabbit Park yang terletak di Unit Peladang Bukit Batu, Damak Jerantut Pahang, merupakan satu destinasi baru sebagai pusat rekreasi dan juga tempat menarik yang boleh dikunjungi pada hujung minggu serta musim cuti sekolah. Terdapat pelbagai spesis arnab boleh dijumpai di Taman Arnab Bukit Batu ini disamping anda boleh beriadah ataupun mandi-manda di Sungai Rengat yang berhampiran dengan taman ini. Taman Arnab ini dibuka setiap hari pada pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang

 

.rabbitparkjerantut1  rabbitparkjerantut2  rabbitparkjerantut3

Hutan Lipur Lata Meraung, Lembah Kiol terletak lebih kurang 10 KM dari Bandar Jerantut dengan melalui Jalan Jerantut - Benta. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan di sini antaranya berkelah, camping, mandi- manda dan sebagainya. Ketenangan dan kedamaian boleh dinikmati sekiranya anda berada di sini sambil menyaksikan keindahan Flora dan Fauna yang terdapat di sini.

(Sumber: akuanakpahang.blogspot.com)

Bukit yang mempunyai ketinggian yang dianggarkan sekitar 165 meter atau 541 kaki ini merupakan satu bukit yang menjadi tarikan kepada penduduk sekitar. Nama bukit ini adalah Bukit Seladang tetapi ia lebih dikenali sebagai Bukit Pohon Sebatang. Bukit ini terletak lebih kurang 3 kilometer dari Bandar Jerantut. Apa yang menjadi tarikan kepada masyarakat setempat adalah ia memiliki pemandangan yang sangat menarik di mana pemandangan matahari terbit yang sangat cantik dapat dilihat di atas bukit ini pada waktu pagi. Bukit ini sering menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk melakukan aktiviti riadah terutamanya pada hujung minggu seperti 'hiking' dan 'berjogging'.