Gua Kota Balai adalah sebuah Gua di Jerantut Pahang yang telah dijadikan sebagai salah satu kawasan rekreasi atau peninggalan untuk anda bersiar-siar.  Di samping menimba ilmu pengetahuan tentang sejarah gua ini, anda boleh mendapatkan suasana tenang dan privasi di sini.

Pada tahun 1970-an, aktiviti penggalian dan pengambilan najis kelawar secara besar-besaran telah dijalankan.  Untuk pengetahuan anda, pada masa ini sebuah tangga gua telah dibina olehpengusaha yang mengambil najis kelawar ketika itu.  Justeru, nama Gua Tangga diberi sempena tangga besi yang ada di situ.

  


 

Antara pengalaman menarik jika anda menelusuri sungai di Kampung Kuala Sat adalah anda bakal berpeluang melihat secara dekat dan mengenali penduduk Orang Asli etnik Batek yang menjadi masyarakat minoriti di Jerantut, Pahang.

Anda berpeluang melawat ke penempatan mereka yang kaya dengan adat resam serta kesenian yang diwarisi turun-menurun dan masih diamalkan sehingga ke hari ini.

Uniknya Orang Asli Batek di sini ialah mereka juga masih mengamalkan konsep nomad atau berpindah randah yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Malah masyarakat minoriti ini yang cukup sinonim dengan penempatan dikelilingi alam semula jadi itu juga, hanya boleh ditemui di 3 buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu.

     

   


 

Tarikan unik di Bandar Jerantut. Antara tarikan di Aza Gallery adalah seperti
 
✅️Koleksi hasil seni lukisan & buku yang menarik
✅️Cenderahati yang tidak di tawarkan di lokasi lain
✅️Boleh dapatkan info tempat tempat menarik di daerah Jerantut
✅️Produk IKS yang di hasilkan & di jual oleh usahawan Jerantut.
✅️Lokasi menarik untuk bergambar
✅️Hanya ada 3 buah Galeri Kartun seperti Aza Gallery di seluruh Malaysia & yang pertama di negeri Pahang
 
Aza Gallery terletak di bangunan Pejabat Pos Lama Jerantut berhampiran di Titik "0" Jerantut.
 
   
   

 
Tasik Hati yang terletak di Jerantut, Pahang semakin dikenali ramai. Bukan sahaja bagi warga Jerantut, malah sudah mula menjadi perbualan seluruh semenanjung. Jika di Jerantut, lokasi ini sudah menjadi lokasi wajib "Outdoor Photo Shoot" bagi pasangan pengantin baru, dan terkini kawasan ini juga telah dilengkapi dengan pelbagai aktiviti suka lasak.
Selain dari "Via-Ferrata" sepanjang 200 meter, tasik hati juga dilengkapi dengan "Zip Line" sepanjang 202 meter. Pengunjung juga berpeluang bermain kayak di dalam tasik hati ini dengan kelengkapan keselamatan yang turut disediakan.
 
    
    

Nama asalnya Bukit Deredap ,apabila waktu pagi dan petang dan selepas hujan ,awan karpet akan memenuhi sekitar pemandangan sekitar bukit tersebut.
Uniknya Bukit Awan ini ,ia berada di laluan ke Hulu Tembeling dan menjadi "taman dan R&R" ,juga lokasi yang strategik, dari bukit tersebut kelihatan Gunung Tahan dan gunung-ganang di dalam kawasan Taman Negara.
Bukit Awan ini berada di kawasan Kampung Pagi ,dan 17km dari Kuala Sat .Ia terletak di didalam hutan simpan Perhutanan Negeri Pahang .
Sebelum sampai ke Kuala Sat, semestinya anda berhenti disini dulu untuk mengambil gambar, rugi jika anda tidak singgah disini ..