Kursus Asas Komputer anjuran Pejabat Kemas Daerah Jerantut dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Kg Batu Embun telah di adakan selama 2 hari bermula 13 April 2016 hingga 14 April 2016. Kursus yang di adakan bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang melibatkan 15 orang pelajar lepasan SPM yang ingin mendapatkan sijil komputer. Kursus yang di adakan ini melibatkan modul Microsoft Office Word, Microsoft Office Excel dan Microsoft Office Powerpoint.