449598968 1022759419206343 3771952247045644643 n

Mohon BUDI MADANI dan dapat RM2,400 setahun melalui BUDI Individu.

Semak kelayakan anda dan mohon di laman web https://budimadani.gov.my

#BUDIMADANI
#MalaysiaMADANI
#JabatanPenerangan

Sumber : https://www.facebook.com/JabatanPeneranganMalaysia

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Batu Embun yang dahulu dikenali sebagai Pusat Internet Kg Batu Embun ditubuhkan pada tahun 2009 di mana pada permulaan penubuhannya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Kg Batu Embun dan mula ditukar nama kepada Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) pada tahun 2013. Pusat Sebaran ini merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh pihak Telekom Malaysia (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan 'Information and Communications Technology' (ICT) kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Setelah hampir 12 tahun NADI ditubuhkan seramai lebih 3000 orang ahli telah berdaftar. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di NADI seperti kemudahan kelas IT dan komputer secara percuma. Pengunjung juga boleh menggunakan kemudahan internet dan perkhidmatan lain yang disediakan.

 

OBJEKTIF PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA (NADI)

- Memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan.

- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti  yang dijalankan di NADI.

- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat Kerajaan.

- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan. 

 

PERKHIDMATAN ( PENGGUNAAN INTERNET / KOMPUTER)

- Ahli PIK - RM1.00/ jam 

- Bukan Ahli PIK - RM2.00/jam

 

KEMUDAHAN LAIN

­­­­- Wi-Fi

- Printing

- Scanning

- Laminating

- Photocopy


KELAS ICT / KOMPUTER

- Latihan ICT - Terbuka kepada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, dewasa dan warga Emas.

- Latihan Keusahawanan - Terbuka kepada usahawan kanak-kanak, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, dewasa dan warga Emas.

 

MASA OPERASI

- Isnin hingga Ahad (Kecuali cuti umum)

- Buka 9.00 pagi - 6.00 petang

- 1.00 petang - 2.00 petang (Rehat)

 

 

448534063 874497088038734 5984964632188534686 n

INFO KPM: Keputusan Calon Jaya Matrikulasi KPM boleh disemak pada 20 Jun 2024 mulai jam 10.00 pagi.

449598968 1022759419206343 3771952247045644643 n

Mohon BUDI MADANI dan dapat RM2,400 setahun melalui BUDI Individu.

Semak kelayakan anda dan mohon di laman web https://budimadani.gov.my

#BUDIMADANI
#MalaysiaMADANI
#JabatanPenerangan

Sumber : https://www.facebook.com/JabatanPeneranganMalaysia

366315061 673256764840254 8980356762567611516 n

𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐒𝐈𝐏 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Sejak di bangku sekolah, kita telah didedahkan untuk mengenal dan berikrar dengan lima Prinsip Rukun Negara. Masihkah anda ingat, semua murid perlu mengangkat ikrar dengan bersemangat ketika perhimpunan sekolah.
Maka kami rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:-
- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-Undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
 
📌 Tahukah anda, Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Yang di-Pertuan Agong IV pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. Ia lahir hasil perbincangan dan kajian Majlis Perundingan Negara setelah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan.
 
📌 Rukun Negara diwujudkan rentetan daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa peri pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai antara satu sama lain.
 
📌 Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi daya saing pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik berlandaskan acuan yang termaktub dalam Rukun Negara.
 
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿: 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮, 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗼𝗿𝗽𝗼𝗿𝗮𝘁 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶