Produk tempatan terdekat yang terdapat di sekitar Kampung Batu Embun ialah ikan dan daging salai.  Kaedah menyediakan ikan dan daging salai telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi oleh pengusaha.  Pada asalnnya tujuan menyalai daging atau ikan ini adalah untuk mengawet makanan yang kaya protein ini daripada cepat rosak supaya dapat disimpan dalam jangka mas yang lama.  Cara mengawet makanan ini ialah dengan menyahidrat sifat sifat anti-bakteria asap yang diserap.  Pada zaman sekarang, rasa makanan salai yang dipertingkat menjadikannya hidangan dalam masyarakat di sekitar kawasan ini.  Antara masakan yang popular dikalangan penduduk ialah “daging salai masak lemak”.  Produk ikan dan daging salai ini telah dikomersilkan dan dijual kepada penduduk.