462109510 941662857995718 2300929319553275600 n

Kanser payudara merupakan kanser utama bagi wanita Malaysia.
 
Sekiranya anda mengesan sebarang perubahan pada payudara anda, seperti ketulan, benjolan atau perubahan kulit segeralah dapatkan pemeriksaan.
9️⃣ dari πŸ”Ÿ wanita dapat diselamatkan sekiranya mengesan kanser pada peringkat awal.
Berikut adalah cara untuk mencegah risiko kanser payudara.
 

457753344 917605237068147 3331127254487462869 n

⚠️Tip penyediaan dan penyimpanan makanan yang selamat di rumah!
 
Makanan 🍲🍜 yang dimasak di rumah hendaklah sentiasa bersih untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan.
Pengguna diseru untuk sentiasa menitikberatkan kebersihan bahan mentah dan peralatan agar hidangan yang selamat, bersih dan berkualiti dapat dihasilkan.
πŸ“Œ Berikut adalah tip penyediaan dan penyimpanan makanan di rumah sebagai panduan.
 

449636043 876920497803288 7664756364895325373 n

Bagi wanita kehamilan🀰🏼adalah peristiwa yang sangat bermakna. Bermula saat disahkan doktor bahawa diri sedang berbadan dua, ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan.
Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi πŸ‘ΆπŸ» yang bakal lahir sihat fizikal dan mental. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan pemakanan πŸ₯¦πŸ—πŸ«˜ yang sempurna perlu dimulakan sejak dari dalam kandungan lagi.
 

454314838 900769925418345 4376551300817585616 n

Waspada!
 
Jangan ambil ubat tidur secara sewenang-wenangnya. Kebanyakan ubat tidur boleh menyebabkan pergantungan ubat apabila diambil untuk jangka masa panjang.
Ubat tidur juga boleh menyebabkan anda rasa mengantuk dan pening serta hilang tumpuan untuk melakukan kerja.
Berjumpalah dengan profesional kesihatan sekiranya anda mengalami masalah tidur.
 

442501726 856936479801690 1278343674689149624 n

Kajian NHMS 2023 menunjukkan 33.3% atau 1️⃣ daripada 3️⃣ dewasa di Malaysia mempunyai kolesterol tinggi.
Walau bagaimanpun, prevalen kolesterol tinggi menurun daripada 38.1% (2019) kepada 33.3% (2023).
 
⚠️ Awas‼️Kolesterol tinggi bukan kebiasaan‼️
Amalkan diet yang seimbang, kurangkan lemak, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.