KlinikBtEmbunP1   KlinikBtEmbunP2

Klinik Kesihatan Kampung Paya Teh, Batu Embun

Pada 16 Ogos 2015 yang lepas pada hari Ahad, berlangsungnya Program I-Health dan Hari Bersama di perkarangan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Batu Embun.  Program tersebut berlangsung dari pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang. 

Tujuan program ini diadakan adalah bagi mempromosikan aplikasi My Health yang terdapat di Pusat Internet 1 Malaysia di samping meningkatkan keahlian pusat internet.  Selain dari itu, program ini juga dapat meningkatkan jumlah komuniti yang hadir dan tahu mengenai servis yang ditawarkan di sini. 

Jumlah pengunjung yang hadir ke program ini adalah seramai 225 orang melibatkan semua golongan umur.  Keahlian baru yang telah didaftarkan selama berlangsungnya program tersebut adalah seramai 13 orang.  Perasmi program tersebut merupakan En Shamsul bin Nahar merangkap penghulu di kawasan mukim teh dibantu oleh En Ghazali bin Ismail yang merupakan  Ketua Kampung Batu Embun.

Tentatif aktiviti yang disediakan;

 

Aktiviti

Penerangan

Sasaran

1

Pemeriksaan Kesihatan

Klinik Kesihatan Kuala Tembeling

Terbuka untuk semua golongan komuniti

2

Pameran Kesihatan

Klinik Kesihatan Kuala Tembeling

Terbuka untuk semua golongan komuniti

3

Pertandingan mewarna kesihatan dan kemerdekaan

Penglibatan kanak – kanak Tabika Kemas & Pra sekolah

Umur 4,5 & 6 tahun

4

Pertandingan cari kata

Penglibatan pelajar sekolah rendah

Sekolah rendah

5

Pertandingan Sudoku

Penglibatan pelajar sekolah menengah dan belia

Sekolah menengah dan belia

6

Typing test

Laman web www.typingtest.com

Terbuka

7

Kuiz terbuka

Berkaitan kesihatan / merdeka & Klik dengan Bijak

Terbuka

8

Cabutan bertuah

-

Terbuka

9

Pertandingan Aneka Pencuci mulut

-

Wanita

10

Pertandingan teka barang

Barang di dalam kotak di teka oleh pengunjung

Terbuka

11

Pertandingan teka bilangan

Bilangan kacang di dalam botol diteka oleh pengunjung

Terbuka

  

 

KLINIK DAN HOSPITAL YANG BERDEKATAN

 

KLINIK DESA PAYA TEH JERANTUT

27000 PAYA, JERANTUT

JERANTUT

27000 JERANTUT

PAHANG

TEL:09-2667041

 

PEJABAT KESIHATAN DAERAH JERANTUT
27000 JERANTUT

NO. TEL : 09-266 2218 / 1905
NO. FAKS : 09-266 5430
EMEL :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.