Bukit yang mempunyai ketinggian yang dianggarkan sekitar 165 meter atau 541 kaki ini merupakan satu bukit yang menjadi tarikan kepada penduduk sekitar. Nama bukit ini adalah Bukit Seladang tetapi ia lebih dikenali sebagai Bukit Pohon Sebatang. Bukit ini terletak lebih kurang 3 kilometer dari Bandar Jerantut. Apa yang menjadi tarikan kepada masyarakat setempat adalah ia memiliki pemandangan yang sangat menarik di mana pemandangan matahari terbit yang sangat cantik dapat dilihat di atas bukit ini pada waktu pagi. Bukit ini sering menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk melakukan aktiviti riadah terutamanya pada hujung minggu seperti 'hiking' dan 'berjogging'.
http://batuembun.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/178-bukit-seladang-jerantut#sigFreeId51dd586ef5