Amine Cafe yang terletak berhampiran Terminal Bas Jerantut ini diusahakan oleh Puan Roshaniza bersama suaminya. Kafe ini memulakan operasinya sekitar bulan Julai 2022. Menu yang disajikan di kafe ini adalah berasaskan makanan Arab, Perancis dan Melayu. Kunafa antara menu wajib pilihan para pelanggan sekiranya mengunjungi kafe tersebut. 

AMINE CAFE

1c, Jalan Irong 3, Kampung Sungai Jan, 27000 Jerantut, Pahang.

https://www.facebook.com/profile.php?id=100083833984299 (Facebook)

 

             

                                   

 

 

 

Nadia Sewing Craft diusahakan oleh salah seorang ahli PEDi Kg Batu Embun, Puan Siti Nurul Nadia Binti Hasan Basri. Beliau berkemahiran dalam bidang jahitan dan mengusahakan perniagaannya dari rumah. Untuk tempahan boleh hubungi beliau di 016-704 1740 atau melalui

https://shopee.com.my/nadiasewingcraft (Shopee)

https://www.facebook.com/bynad.hasan (Facebook)

     

     

Penggemar burger yang ingin merasai keenakan dan kelainan daging burger “homemade” boleh terus datang ke kiosk Syukor Burger berhadapan Suya Bakery atau ke Econsave Jerantut (kiosk berhadapan Rojak Buah Malaya) bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 5.00 petang pada setiap hari kecuali hari Ahad.

  

  

Restoran King's Nasi Ayam diusahakan oleh salah seorang ahli PIK Kg Batu Embun, Puan Hayati Aziz bersama suami. Restoran ini bertapak di kedai koperasi SMK Temin. Antara menu istimewa yang boleh dinikmati di King's Nasi Ayam adalah seperti Set Keli Penyet Sambal Berapi, Nasi Ayam Original, Nasi Ayam Steam Hainan dan banyak lagi. Para pelanggan yang  ingin membuat tempahan boleh menghubungi beliau di talian 0146128976.

 

         

        

Kedai Antu Siang Malam diusahakan oleh Muhammad Yaser bersama isteri beliau, Umie Kalsum. Kedai ini sudah bertapak selama lebih 10 tahun dan terkenal dengan Nasi Goreng Antu Kunyit selain menu lain seperti Char Keuy Tiaw, Mee Goreng, Laksa dan banyak lagi. Lokasi terkini Kedai Antu Siang Malam dibangunan pasaraya aktif lama bersebelahan Kosmetik Nurul, berdekatan bangunan MDJ.