449677870 882604960561280 8109487609043070699 n

INFO KPM: Semakan keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM ambilan sesi 2024/2024 mulai 5 Julai 2024 pada jam 3:00 petang.

Semakan boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my. Untuk sebarang soalan sila layari laman sesawang di ruangan Pendidikan> Lepasan Menengah> Matrikulasi> Soalan Lazim Matrikulasi.

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi

Sumber : https://www.facebook.com/KemPendidikan

448183165 871667394988370 4689910631708466115 n 1

LIMA JENIS ID DALAM DELIMa
 
Pelantar DELIMa mempunyai lima kategori ID pengguna (role) iaitu murid, guru, content manager, pentadbir sekolah dan pengetua/ guru besar.
Setiap ID memainkan peranan penting dalam penggunaan pelantar DELIMa.
Guru dan murid boleh menggunakan ID untuk sesi pengajaran dan pembelajaran masing-masing secara dinamik, manakala content manager menyediakan kandungan berkualiti.
Pengetua/ guru besar dan admin pula memainkan peranan dalam memastikan pengurusan keseluruhan berjalan lancar.
Ini membuktikan bahawa pembelajaran digital bukan hanya memudahkan cara pembelajaran, tetapi juga cara menguruskan proses pendidikan.
 
 
 
429580065 805037768324499 5965389577382587514 n
 
TIPS TEMU DUGA DALAM TALIAN
 
Hai geng #SPAOhsem!
Adakah anda sedang bersedia untuk menghadiri sesi temu duga dalam talian? Jangan risau, min sedia berkongsi dengan anda tips temu duga dalam talian yang pasti akan membawa keyakinan anda!
Dengan tips ini, anda akan belajar pelbagai strategi untuk berguna ketika sesi temu duga anda. Pada masa yang sama dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan menonjolkan kelebihan unik anda.
Min yakin, anda akan bersedia untuk menghadapi temu duga dalam talian dengan yakin dan penuh keyakinan. 💼✨
 

435560098 823328569828752 1399364601068777666 n

 

Salam Jumaat kepada geng #SPAOhsem semua.
 
Min doakan agar anda semua ceria selalu, dipermudahkan segala urusan dan beroleh keselamatan di dunia dan di akhirat.
Ada yang dah bercuti balik kampung ke tu? Min pun dah tak sabar nak cuti raya.😁
Bagi anda yang bermusafir hari ini, pastikan anda tahu kewajipan untuk menunaikan solat Jumaat. Ada keadaan yang anda wajib untuk melakukan solat Jumaat, dan ada beberapa keadaan yang gugur ke atas anda untuk menunaikannya.
Nak tahu lebih lanjut, jom baca perkongsian min ni. Semoga bermanfaat.
 
Sumber: JAKIM
 
 
 
425761806 787447303416879 7742879674641034379 n
 
KEPERIBADIAN INTROVERT VS EKSTROVERT
 
Pernah dengar tentang perkataan 'introvert' dan 'ekstrovert'? Terdapat banyak pandangan tentang konsep introvert dan ekstrovert dalam personaliti seseorang.
Dari sudut psikologi, sebenarnya lebih berkaitan dengan cara pemikiran seseorang yang membentuk peribadi mereka.
Kedua-dua personaliti ini mempunyai kelebihan sendiri kerana ia bergantung kepada bagaimana seseorang menerima dan memaksimumkan potensi diri.
Jom kita kenali apa ciri-ciri introvert dan ekstrovert dengan lebih dekat.
 
Untuk pengetahuan anda, keperibadian adalah salah satu faktor-faktor yang dilihat dalam Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) juga tau. 👍