IMG 1765

 

Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok terletak dalam daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Terletak kira-kira 8 km dari bandar Jerantut dan juga pertengahan jalan ke taman Negara di Kuala Tahan. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Pahang yang penuh sejarah dan terkenal dengan ikan-ikan yang 'istimewa' kepada pemancing dan penggemar ikan sungai. SK Pulau Mansok merupakan sekolah kecil dengan hanya 17 guru dan 3 kakitangan termasuk Pembantu Tabir, Pembantu Pengurusan Murid, Fasilitator Schoolnet serta 130 orang murid. Biarpun 'kecil-kecil cili padi', sekolah ini telah terbukti baik dalam bidang kurikulum maupun kokurikulum. Formula kejayaan ini sangat mudah, iaitu kepimpinan yang berkesan, teratur dan bervisi, kerjasama semua staf, guru-guru yang berwibawa dan faktor hubungan erat dan mesra antara staf. 

               IMG 1768 IMG 1759 IMG 1733

              IMG 1756 IMG 1751 IMG 1748

 

SENARAI SEKOLAH YANG TERDEKAT

  1. TABIKA KEMAS KUALA TEH
  2. TABIKA KEMAS KG LADA
  3. TABIKA KEMAS SERI EMBUN
  4. TABIKA PERPADUAN SG JAN JERANTUT
  5.   TADIKA PASTI AL BARAQAH KG BATU EMBUN
  6. SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN KUALA TEH
  7. SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MANSOK
  8. SEKOLAH KEBANGSAAN JERANTUT JAYA
  9. SEKOLAH MENENGAH KUALA TEMBELING
  10. SEKOLAHMENENGAHAGAMAAL-BASRIAH JERANTUT
  11. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERANTUT

Sekolah Rendah  Yang  Ada di Kampung Batu Embun ini ialah Sekolah Kebangsaan Kuala Teh dan Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok. Manakala Sekolah Menengah Yang Terdekat Ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Tembeling Atau Nama Ringkasnya SMK Kuala Tembeling, Merupakan Sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Yang Terletak Di Kuala Tembeling. Manakala Untuk Pendidikan Berumur 6 Tahun Ke Bawah Tadika Yang Terdekat Ialah Tadika Kemas Kuala Teh Dan Tadika Kemas Seri Embun

 

Sekolah Kebangsaan Kuala Teh                         

Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok                    

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Tembeling      

Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut                    

Tabika Kemas Kuala Teh                                           

Tabika Kemas Seri Embun