Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Batu Embun yang dahulu dikenali sebagai Pusat Internet Kg Batu Embun ditubuhkan pada tahun 2009 di mana pada permulaan penubuhannya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Kg Batu Embun dan mula ditukar nama kepada Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) pada tahun 2013. Pusat Ekonomi ini merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh pihak Telekom Malaysia (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan 'Information and Communications Technology' (ICT) kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Setelah hampir 12 tahun PEDi ditubuhkan seramai lebih 3000 orang ahli telah berdaftar. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di PEDi  seperti kemudahan kelas IT dan komputer secara percuma. Pengunjung juga boleh menggunakan kemudahan internet dan perkhidmatan lain yang disediakan.

 

OBJEKTIF PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA (PEDI)

- Memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan.

- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti  yang dijalankan di PEDi.

- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat Kerajaan.

- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan. 

 

PERKHIDMATAN ( PENGGUNAAN INTERNET / KOMPUTER)

- Ahli PIK - RM1.00/ jam 

- Bukan Ahli PIK - RM2.00/jam

 

KEMUDAHAN LAIN

­­­­- Wi-Fi

- Printing

- Scanning

- Laminating

- Photocopy


KELAS ICT / KOMPUTER

- Latihan ICT - Terbuka kepada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, dewasa dan warga Emas.

- Latihan Keusahawanan - Terbuka kepada usahawan kanak-kanak, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, dewasa dan warga Emas.

 

MASA OPERASI

- Isnin hingga Ahad (Kecuali cuti umum)

- Buka 9.00 pagi - 6.00 petang

- 1.00 petang - 2.00 petang (Rehat)