• Masjid Tengku Ahmad atau turut dikenali sebagai Masjid Lama Jerantut merupakan sebuah masjid berhampiran Padang FA Jerantut. Ia dibina pada tahun 1964. Masjid ini mampu menampung lebih dari 1000 orang jemaah dalam satu masa dan digunakan oleh masyarakat setempat sebagai satu tempat beribadat dan aktiviti masyarakat seperti perlaksanaan ibadah korban. Ia juga digunakan bagi melaksanakan solat Jumaat pada setiap minggu. 

  •  

  •     

Padang FA Jerantut. terletak di Bandar Lama Jerantut berhampiran Masjid Tengku Ahmad.

41, Jalan Besar, Taman Lknp, 27000 Jerantut, Pahang

 

   

                                     

Masjid Tengku Mahkota Abdullah atau turut dikenali sebagai Masjid Baru Jerantut merupakan sebuah masjid yang terletak di Jalan Jerantut-Temerloh Mukim Pedah 27000 Jerantut Pahang Darul Makmur. Ia dibina pada tahun 1999. Masjid ini mampu menampung lebih dari 1000 orang jemaah dalam satu masa.

Masjid Tengku Mahkota Abdullah digunakan oleh masyarakat setempat sebagai satu tempat beribadat dan aktiviti masyarakat seperti perlaksanaan ibadah korban. Ia juga digunakan bagi melaksanakan solat Jumaat pada setiap minggu.  

 

     

    

           

    

Jerantut mempunyai sistem pengangkutan keretapi yang menghubungkan antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia di mana Stesen Keretapi Jerantut merupakan salah satu daripada perhentian yang sentiasa dipenuhi oleh pengunjung/pelancong yang ingin melancong ke Taman Negara.

Di sini para pengunjung akan berhenti di perhentian Tembeling dan seterusnya menaiki bot di Jeti Kuala Tembeling untuk ke Taman Negara.Perkhidmatan keretapi ini bukan sahaja membuka peluang kepada industri pelancongan khususnya di Jerantut, malah ia merupakan perkhidmatan pengangkutan awam yang utama bagi penduduk di pedalaman khasnya yang menetap di kawasan Majlis Daerah Jerantut. Segala pertanyaan boleh menghubungi KTMB Jerantut ditalian 09-2662219 atau laman web rasmi http://www.ktmb.com.my

(Sumber Info: Portal Majlis Daerah Jerantut)

 

MasjidKualaTehP1   MasjidKualaTehP2

Masjid Kariah Kuala Teh, Batu Embun