Kuih-kuih tradisional di Pahang kian pupus kerana generasi kini sudah tidak ambil peduli tentang pembuatan kuih-kuih tradisional ini antaranya adalah kuih pena.

      

Lemang periuk kera adalah antara menu ‘rare’ yang agak susah untuk didapati kerana kelongsong lemang ini menggunakan sejenis tumbuhan bernama periuk kera. Rasanya yang unik dan berlemak menjadi buruan orang ramai. Menu ini sangat terkenal di Pahang.

   

Pastinya anda merasa pelik apabila nama laksa Pahang disebut – sebut. Biasanya kita hanya pernah mendengar laksa utara, laksa Penang, laksa Kedah, laksa Kuala ataupun laksa Johor. Namun, jarang kita mendengar tentang laksa Pahang. Pahang juga mempunyai hidangan laksa yang tersendiri. Mee laksa ini menggunakan tepung yang telah diuli dan kemudian dimasukkan ke dalam acuan bagi menghasilkan mee laksa. Ia direbus sebaik sahaja dikeluarkan dari acuan.

Kuah laksa Pahang tidak sama seperti laksa Penang agak pekat, lemak dan warna kekuningan. Bahan untuk menghasilkan kuah ini adalah ikan tenggiri, santan, kerisik dan beberapa bahan lain. Sayuran yang digunakan untuk dimakan bersama laksa ini adalah daun kaduk, daun selasih, timu dan taugeh. Ia turut dimakan bersama sambal cili dan sedikit belacan.

 

Dodol kukus merupakan sajian kuih tradisional warisan orang Pahang ini sememangnya sangat istimewa. Rasanya yang lemak, manis dan kenyal ditambah pula dengan taburan tahi minyak menjadikan kuih ini punya rasa tersendiri dan enak sekali.

  

   

Bulan Ramadhan ramai yang akan tercari-cari juadah berbuka puasa. Antara menu wajib setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan adalah murtabak. . Murtabak Manja antara murtabak yang terkenal di Jerantut dengan keenakan dan ketebalan isinya.