Minyak Aura Terapi merupakan keluaran Bumiputera yang diusahakan oleh Puan Ain Najwa. Proses pembuatan Minyak Terapi ini dilakukan secara tradisisonal dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi. Minyak Aura Terapi ini boleh didapati di Kedai D'Yaisya (Berhadapan Bakery Cottage Jerantut) atau boleh hubungi di talian 019-307 2090 (www.wasap.my/60193072090).

     

Kesukaran mendapatkan fucuk dan tauhu diusahakan syarikat Bumiputera yang tidak diragui status kebersihannya mendorong sepasang suami isteri,  Mohd Shamsul Dzuhal, 44 dan isterinya, Norlina Abdullah, 39 berhenti kerja dari sebuah bank dan menjalankan perusahaan menghasilkan produk itu sejak empat tahun lalu.  Antara produk yang dihasilkan adalah seperti tauhu mentah, tauhu goreng, fucuk dan suhun. Produk Muslim ini boleh didapati di PDM Jerantut dan Jengka, Lesong Mart, Pasar Tani, Pasar Besar Umart Jengka, Mentakab dan Temerloh.

   

   

 

 

Gerai Jagung Manis dan Buah-Buahan Kak Dea diusahakan oleh Pakdak Dollah bersama anak beliau, Rosmawati. Gerai Kak Dea ini terletak berhampiran Sekolah Rendah Kuala Teh. Pelbagai jenis buahan terdapat disini dengan harga berpatutan.

COD Area Jerantut (RM2)

www.wasap.my/+60199657953

 

     

     

Mee Kuning Pulau Mansok diusahakan oleh Puan Farhana dari Pulau Mansok, Jerantut. Mee Kuning Pulau Mansok adalah produk muslim 100% halal dan dijamin bersih . Mee keluaran muslim ini dihasilkan sebagai satu jihad ekonomi dan fardhu kifayah bagi memenuhi keperluan makanan umat islam.

   

Pertanian fertigasi terung ini diusahakan oleh salah seorang penduduk di Kampung Bukit Kor, Batu Balai, Jerantut. Hasil fertigasi ini dijual secara borong dan dijual ditepi jalan berhampiran.

Alamat : Lot 2324, Kampung Bukit Kor, Batu Balai 27030 Jerantut, Pahang, Malaysia

No Tel : 016-980 9653

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.