Tidak lengkap juadah berbuka puasa tanpa juadah Pak Cu Ayam Golek Tembeling. Keenakan ayam golek ini membuat pelanggan sanggup beratur panjang dan sudah tidak kisah menunggu lama untuk mendapatkan juadah tersebut. Pakcu Ayam Satay & Ayam Golek Tembeling diusahakan oleh Ramzan Family Enterprise dan beroperasi setiap hari di persimpangan Taman 410 bersebelahan TNB Jerantut.
Antara rahsia kelazatan Pak Cu Ayam Golek Tembeling adalah ayamnya yang diperap dengan rempah ratus khas dan proses memerap ayam mengambil masa yang lama supaya rempas ratus itu sebati. Bagi menjaga kualiti ayam agar masak sekata, kawalan api daripada kayu arang harus sempurna sepanjang proses memanggang. Hal ini bagi memastikan ayam tidak hangus sehingga mengubah rasa, warna dan kualiti.
Pak Cu Ayam Golek juga menyediakan perkhidmatan cash on delivery (COD) secara percuma sekitar Bandar Jerantut sahaja dari Isnin hingga Sabtu (10am – 6pm). Para pelanggan boleh menghubungi 01126040076 untuk tempahan ayam golek secara COD.