Antara produk The Sushi Sis adalah seperti makanan siap masak dan bungkus (Food box), sushi Melayu, roti & dessert, makanan viral, makanan tradisional.

Bagi yang berminat untuk mencuba kelazatan The Sushi Sis, boleh terus ke kedai The Sushi Sis yang beralamat di Bangunan Pasaraya Aktif Lama berhadapan Arked Mara, 27000 Jerantut, Pahang atau boleh hubungi untuk COD :-


No. Tel  : 010-761 1126

E-mel     : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

     

  

 

Tidak lengkap juadah berbuka puasa tanpa juadah Pak Cu Ayam Golek Tembeling. Keenakan ayam golek ini membuat pelanggan sanggup beratur panjang dan sudah tidak kisah menunggu lama untuk mendapatkan juadah tersebut. Pakcu Ayam Satay & Ayam Golek Tembeling  diusahakan oleh Ramzan Family Enterprise dan beroperasi setiap hari di persimpangan Taman 410 bersebelahan TNB Jerantut.

Antara rahsia kelazatan Pak Cu Ayam Golek Tembeling adalah ayamnya yang diperap dengan rempah ratus khas dan proses memerap ayam mengambil masa yang lama supaya rempas ratus itu sebati. Bagi menjaga kualiti ayam agar masak sekata, kawalan api daripada kayu arang harus sempurna sepanjang proses memanggang. Hal ini bagi memastikan ayam tidak hangus sehingga mengubah rasa, warna dan kualiti.

Pak Cu Ayam Golek juga menyediakan perkhidmatan cash on delivery (COD) secara percuma sekitar Bandar Jerantut sahaja dari Isnin hingga Sabtu (10am – 6pm). Para pelanggan boleh menghubungi 01126040076 untuk tempahan ayam golek secara COD.

 

    

    

 

    

    

Tanaman Jagung Mutiara yang diusahakan oleh salah seorang penduduk Kampung Teh.

Hasil tanaman jagung mutiara ini dijual ditepi jalan dihadapan Sekolah Kebangsaan Teh

 Produk tempatan terdekat yang terdapat di sekitar Kampung Batu Embun ialah ikan dan daging salai.  Kaedah menyediakan ikan dan daging salai telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi oleh pengusaha.  Pada asalnnya tujuan menyalai daging atau ikan ini adalah untuk mengawet makanan yang kaya protein ini daripada cepat rosak supaya dapat disimpan dalam jangka mas yang lama.  Cara mengawet makanan ini ialah dengan menyahidrat sifat sifat anti-bakteria asap yang diserap.  Pada zaman sekarang, rasa makanan salai yang dipertingkat menjadikannya hidangan dalam masyarakat di sekitar kawasan ini.  Antara masakan yang popular dikalangan penduduk ialah “daging salai masak lemak”.  Produk ikan dan daging salai ini telah dikomersilkan dan dijual kepada penduduk.