Kesukaran mendapatkan fucuk dan tauhu diusahakan syarikat Bumiputera yang tidak diragui status kebersihannya mendorong sepasang suami isteri,  Mohd Shamsul Dzuhal, 44 dan isterinya, Norlina Abdullah, 39 berhenti kerja dari sebuah bank dan menjalankan perusahaan menghasilkan produk itu sejak empat tahun lalu.  Antara produk yang dihasilkan adalah seperti tauhu mentah, tauhu goreng, fucuk dan suhun. Produk Muslim ini boleh didapati di PDM Jerantut dan Jengka, Lesong Mart, Pasar Tani, Pasar Besar Umart Jengka, Mentakab dan Temerloh.