Masjid Tengku Mahkota Abdullah atau turut dikenali sebagai Masjid Baru Jerantut merupakan sebuah masjid yang terletak di Jalan Jerantut-Temerloh Mukim Pedah 27000 Jerantut Pahang Darul Makmur. Ia dibina pada tahun 1999. Masjid ini mampu menampung lebih dari 1000 orang jemaah dalam satu masa.

Masjid Tengku Mahkota Abdullah digunakan oleh masyarakat setempat sebagai satu tempat beribadat dan aktiviti masyarakat seperti perlaksanaan ibadah korban. Ia juga digunakan bagi melaksanakan solat Jumaat pada setiap minggu.