399597943 737601035061674 6142507840869960749 n

INFO KPM: Pendaftaran dan Pengemaskinian Portal eGraduan kini dibuka kepada calon-calon yang telah lulus temu duga pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41.
 

 

376581106 698841768937601 5159035719847112228 n

INFO KPM: Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 Pendidikan Khas Ambilan Tahun 2024 Secara Dalam Talian.
Permohonan dibuka mulai 10 September hingga 8 November 2023 melalui pautan https://epkhas.moe.gov.my
NFO KPM: Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan dikeluarkan pada Khamis, 6 Julai 2023.
 
Calon boleh memperoleh keputusan peperiksaan SVM daripada Kolej Vokasional masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada hari tersebut.
 
Semakan keputusan peperiksaan SVM turut boleh dilakukan secara dalam talian mulai 10.00 pagi pada 6 Julai 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 12 Julai 2023 melalui pautan di bawah:

 

https://myresultsvm.moe.gov.my

 

Sumber : https://www.facebook.com/KemPendidikan

 

357735190 661944545960657 3091172922767045164 n

INFO KPM: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam untuk membuat permohonan rayuan melalui autonomi pengetua mulai 7 hingga 17 Ogos 2023.
Permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam boleh dibuat di semua Pusat Tingkatan Enam KPM.
Keputusan rayuan akan dimaklumkan pada 18 Ogos 2023 melalui Pusat Tingkatan Enam yang dimohon.
Murid yang berjaya dan ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 20 Ogos 2023 bagi negeri kumpulan A dan 21 Ogos 2023 bagi negeri kumpulan B.