448183165 871667394988370 4689910631708466115 n 1

LIMA JENIS ID DALAM DELIMa
 
Pelantar DELIMa mempunyai lima kategori ID pengguna (role) iaitu murid, guru, content manager, pentadbir sekolah dan pengetua/ guru besar.
Setiap ID memainkan peranan penting dalam penggunaan pelantar DELIMa.
Guru dan murid boleh menggunakan ID untuk sesi pengajaran dan pembelajaran masing-masing secara dinamik, manakala content manager menyediakan kandungan berkualiti.
Pengetua/ guru besar dan admin pula memainkan peranan dalam memastikan pengurusan keseluruhan berjalan lancar.
Ini membuktikan bahawa pembelajaran digital bukan hanya memudahkan cara pembelajaran, tetapi juga cara menguruskan proses pendidikan.