Pengambilan air secukupnya pada bulan puasa amat penting untuk menghindar dehidrasi. Malah, kekurangan air ketika berpuasa akan menjadikan seseorang mudah letih.

Air berfungsi menyokong fungsi penghadaman selain mengoptimumkan fungsi organ badan yang lain.

Pada bulan Ramadan, ramai individu muslim agak sukar untuk mengekalkan pengambilan 8 gelas air sehari. Oleh itu, bagaimana untuk membahagikan 8 gelas air dalam sehari? Ikuti tip yang dikongsikan.

 

Sumber : https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

 

339119157 703073031502819 9195731755034892524 n

Mulai 20 Mac 2023, tempahan janji temu perkhidmatan kesihatan pergigian akan dilaksanakan secara Berfasa iaitu:
Fasa 1 : Bermula 20 Mac 2023, penggunaan Sistem Janji Temu di semua klinik pergigian di semua negeri Melaka dan Pulau Pinang.
Fasa 2 : Bermula Mei 2023, perluasan penggunaan Sistem Janji Temu di semua klinik pergigian.
Pelaksanaan Sistem Janji Temu MySejahtera diharap dapat mengurangkan masa menunggu para pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan pergigian di klinik kerajaan dan
melancarkan proses mendapatkan rawatan pergigian.