Moreh adalah budaya masyarakat di Malaysia yang merujuk kepada makan selepas terawih.
Pengambilan moreh secara berlebihan, ditakuti akan menyumbang kepada kalori yang berlebihan yang tidak diperlukan badan dan akan menyebabkan kenaikan berat badan walaupun berpuasa.
Ikuti tip memilih hidangan moreh sebagai panduan pemakanan anda.
Sumber : https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia
Memakai 'earphone' terlalu lama boleh merosakkan gegendang telinga anda!
Bunyi yang terlalu kuat melebihi 90 desibel boleh menyebabkan kerosakan pendengaran dalam jangka masa panjang sekiranya ia tidak ditangani dengan baik.
Pastikan kekuatan bunyi tidak melebihi separuh volum gajet. Elakkan mendengar dengan 'earphone' berterusan melebihi 1 jam. Rehatkan telinga anda supaya tidak mengalami trauma akustik.
Sumber : https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia
Virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19 kekal berada di sekeliling kita. Amalkan 3W (Wash, Wear, Warn) sebagai langkah pencegahan kesihatan awam yang efektif.
Manakala, elakkan 3S (Sesak, Sempit, Sembang Dekat) bagi mengurangkan risiko penularan penyakit dalam komuniti.
Tonsil adalah kelenjar yang bekerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh. Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.
Ketahui apakah yang menyebabkan radang tonsil dan rawatan yang boleh dilakukakan ke atas pesakit sebagai langkah pencegahan.
Adakah HIV dan AIDS penyakit yang sama
Diagnosis bagi kedua-dua penyakit adalah berbeza tetapi saling berkait.
Kekeliruan masyarakat mengenai penyakit ini boleh menyebabkan usaha membendung jangkitan HIV/AIDS melalui aktiviti pencegahan, rawatan dan kawalan terjejas.