Keutamaan vaksinasi akan diberikan kepada kanak2 berumur 5 hingga 11 tahun dalam 15 kumpulan berisiko dan berpenyakit seperti di lampiran
Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut (PKD Jerantut) akan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi pemberian dos penggalak (booster) COVID-19 bermula Isnin, 17 Januari 2022.
Penjadualan pembukaan PPV untuk minggu 17/1-21/1/2022 adalah seperti berikut:
1. PPV Mega – Dewan Banquet MDJ (Isnin – Jumaat) 9 pagi - 4 ptg secara Walk in & Temujanji Mysejahtera
2. PPV Awam – Dewan Dato’ Chu Rahimah, Paya Teh (Isnin-Jumaat) 9 pagi-4 ptg secara Walk in & Temujanji Mysejahtera
3. PPV Awam – Pusat Rehabilitasi Klinik Kesihatan Bandar Jerantut (Isnin-Khamis 9 pagi – 4 ptg & Jumaat 9 pagi – 12 thari) secara Walk-in
4. PPV Outreach Lepar Utara 1/2/4 – (Isnin, 17 Jan & Selasa, 18 Jan) di Dewan Orang Ramai Lepar Utara 2/4 (9 pagi – 4 ptg) secara Walk-in
5. PPV Outreach Kota Gelanggi 1/3 – (Isnin, 17 Jan & Selasa, 18 Jan) di Dewan Semai Bakti FELDA Kota Gelanggi 1 (9 pagi – 4 ptg) secara Walk-in
6. PPV Outreach Lepar Utara 3 – (Rabu, 19 Jan) di Dewan Semai Bakti FELDA Lepar Utara 3 (9 pagi – 4 ptg) secara Walk in
7. PPV Outreach Kota Gelanggi 2/4 – (Rabu, 19 Jan & Khamis, 20 Jan) di Dewan Semai Bakti FELDA Kota Gelanggi 2 (9 pagi – 4 ptg) secara Walk-in
8. PPV Outreach Sg Tekam Utara – (Khamis, 20 Jan) di Dewan Semai Bakti FELDA Sg Tekam Utara (9 pagi – 4 ptg) secara Walk -in
9. PPV Outreach PPPTR – (Jumaat, 21 Jan) di PPPTR (9 pagi – 4 ptg) secara Walk-in
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan 10 peratus sampel saringan Covid-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran kepada murid sekolah rendah setiap Rabu pada hari persekolahan. Ini penting untuk mengesan kes pada peringkat awal dan mengelakkan berlakunya kluster di sekolah.