Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan 10 peratus sampel saringan Covid-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran kepada murid sekolah rendah setiap Rabu pada hari persekolahan. Ini penting untuk mengesan kes pada peringkat awal dan mengelakkan berlakunya kluster di sekolah.