Musim Hujan telah tiba, pastikan kita mengambil langkah langkah keselamatan untuk elakkan penyakit semasa banjir. Kita juga perlu memastikan bahawa amalan kehidupan mengikut norma baharu diteruskan selagi wujud ancaman wabak COVID-19 ini. Risiko jangkitan COVID-19 lebih tinggi apabila seseorang batuk, bersin atau bercakap dalam jarak dekat. Jarak fizikal lebih dari 1 meter boleh mengurangkan jangkitan COVID-19 dan setiap meter tambahan jarak boleh menggandakan perlindungan. Pakai pelitup muka dengan sempurna dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.Selain itu, komuniti perlu megelakkan bersalaman atau bersentuhan dengan sesiapa saja serta perlu mendapatkan rawatan segera jika bergejala.
 
Sumber : Jabatan Kesihatan Pahang
 
    

Optimumkan Fungsi Sistem Badan dengan Minum Air Kosong Secukupnya.

Badan kita..Kesihatan kita..Tanggungjawab kita..

Sumber : Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Link : https://www.facebook.com/nutritionistkkm/photos/a.488576191169025/3970845699608706

 

   

 

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. 1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. 2.bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. 3.sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat         lepuh;
  4. 4.membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran     kloroks;
  5. 5.memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. 6.membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.