Mulai 20 Mac 2023, tempahan janji temu perkhidmatan kesihatan pergigian akan dilaksanakan secara Berfasa iaitu:
Fasa 1 : Bermula 20 Mac 2023, penggunaan Sistem Janji Temu di semua klinik pergigian di semua negeri Melaka dan Pulau Pinang.
Fasa 2 : Bermula Mei 2023, perluasan penggunaan Sistem Janji Temu di semua klinik pergigian.
Pelaksanaan Sistem Janji Temu MySejahtera diharap dapat mengurangkan masa menunggu para pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan pergigian di klinik kerajaan dan
melancarkan proses mendapatkan rawatan pergigian.