Kursus Asas Penyelenggaraan Komputer anjuran Pejabat Kemas Daerah Jerantut dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Kg Batu Embun telah di adakan pada 15 April 2016 bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Kursus ini melibatkan 16 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan belia kawasan setempat. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan sedikit kepada peserta berkaitan langkah penyelenggaraan & penjagaan komputer dengan baik dan betul.