PI1M Cluster Jerantut telah mengadakan satu mesyuarat yang julung kali diadakan bagi membincangkan program-program yang akan dijalankan dalam masa terdekat ini. Mesyuarat yang dihadiri oleh Pengurus & Penolong Pengurus itu di adakan di PI1M Kg Batu Embun. Antara program yang dibincangkan ialah Program Transformasi ICT bersama pelajar orang asli Sekolah Kebangsaan Sg Kiol dan Program My Skool Dashboard yang melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut dan program-program lain yang akan diadakan mengikut peringkat.