Pada 16 Ogos 2015 yang lepas pada hari Ahad, berlangsungnya Program I-Health dan Hari Bersama di perkarangan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Batu Embun. Program tersebut berlangsung dari pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi mempromosikan aplikasi My Health yang terdapat di Pusat Internet 1 Malaysia di samping meningkatkan keahlian pusat internet. Selain dari itu, program ini juga dapat meningkatkan jumlah komuniti yang hadir dan tahu mengenai servis yang ditawarkan di sini.
Jumlah pengunjung yang hadir ke program ini adalah seramai 225 orang melibatkan semua golongan umur. Keahlian baru yang telah didaftarkan selama berlangsungnya program tersebut adalah seramai 13 orang. Perasmi program tersebut merupakan En Shamsul bin Nahar merangkap penghulu di kawasan mukim teh dibantu oleh En Ghazali bin Ismail yang merupakan Ketua Kampung Batu Embun.
Tentatif aktiviti yang disediakan;
Aktiviti |
Penerangan |
Sasaran |
|
1 |
Pemeriksaan Kesihatan |
Klinik Kesihatan Kuala Tembeling |
Terbuka untuk semua golongan komuniti |
2 |
Pameran Kesihatan |
Klinik Kesihatan Kuala Tembeling |
Terbuka untuk semua golongan komuniti |
3 |
Pertandingan mewarna kesihatan dan kemerdekaan |
Penglibatan kanak – kanak Tabika Kemas & Pra sekolah |
Umur 4,5 & 6 tahun |
4 |
Pertandingan cari kata |
Penglibatan pelajar sekolah rendah |
Sekolah rendah |
5 |
Pertandingan Sudoku |
Penglibatan pelajar sekolah menengah dan belia |
Sekolah menengah dan belia |
6 |
Typing test |
Laman web www.typingtest.com |
Terbuka |
7 |
Kuiz terbuka |
Berkaitan kesihatan / merdeka & Klik dengan Bijak |
Terbuka |
8 |
Cabutan bertuah |
- |
Terbuka |
9 |
Pertandingan Aneka Pencuci mulut |
- |
Wanita |
10 |
Pertandingan teka barang |
Barang di dalam kotak di teka oleh pengunjung |
Terbuka |
11 |
Pertandingan teka bilangan |
Bilangan kacang di dalam botol diteka oleh pengunjung |
Terbuka |