NAMA  : Siti Fatimah Az’zahra Binti Che Manshor

UMUR  : 22 TAHUN

AHLI    :2015

 

Latar belakang

Siti Fatimah Az’zahra telah memulakan perniagaan Dianz Vitamin & Dianz Vitamilk ini pada hujung tahun 2016. Perniagaan ini dibuat secara kecil – kecilan sahaja di mana beliau hanya mempromosikan produknya disekitar kediamannya di Kampung Limau Purut, Mela Jerantut dan juga rakan-rakan persekolahannya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum beliau terlibat dengan PI1M Kg Batu Embun, pendapatan beliau tidak begitu memberangsangkan. Pendapatan yang diperolehi beliau hanya dalam lingkungan RM50 – RM 100 sebulan sahaja. Pelanggan tetap beliau pada ketika itu hanyalah dalam lingkungan 15 orang sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Batu Embun, Jerantut beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk jualan beliau. Selain itu juga, beliau turut mempromosikan produk Diaz Vitamin & Dianz Vitamilk ini melalu aplikasi telefon pintar Wechat. Pelanggan beliau kini semakin bertambah setelah ramai pelanggannya mengetahui jualan beliau melalui facebook dan juga aplikasi Wechat tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah  RM300 ke RM500.

 a b c d