NAMA  : Puan Norizan Binti Muhammad

UMUR  : 41 TAHUN

AHLI    :2013

 

Latar belakang

Puan Norizan seorang surirumah yang mempunyai 4 orang cahayama. Beliau pada awalnya mengusahakan produk organic secara kecil-kecilan di kampung. Beliau berpendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sehinggalah pada suatu hari, beliau pergi ke PIM Kg Batu Embun untuk mencetak dokumen dan di ajak oleh petugas PI1M untuk belajar tentang asas-asas komputer dan Internet

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada asalnya beliau kurang mahir menggunakan komputer. Namun begitu, beliau datang ke Pusat Internet untuk menimba pelbagai ilmu keusahawanan secara percuma dan juga melalui pembelajaran secara berkumpulan atau juga secara perseorangan melalui cara menghubungi petugas pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mengikuti Kelas Keusahawanan baru-baru ini, beliau semakin yakin dan berani untuk mempromosikan produk yang dijual. Malahan beliau juga sudah mampu membuat ayat iklan yang menarik. Selain itu juga, beliau telah membuat promosi dengan membuka akaun jualan di dalam shopee untuk melariskan lagi jualan beliau.

 15 16 17