NAMA  :MUHAMMAD FARIZ IRFAN BIN MAT JUSOH

UMUR  : 13 TAHUN

AHLI    :2015

 

Latar belakang

Adik Muhammad Faris Irfan berusia 15 tahun merupakan pelajar tingkatan 3 di SMK Inderapura, Jerantut Pahang. Beliau merupakan anak yang pertama dari dua beradik. Beliau tinggal berhampiran dengan PIM dan beliau telah menjadi ahli PIM sejak September 2015 lagi. Beliau merupakan antara ahli yang paling aktif dan ahli yang paling kerap menggunakan kemudahan serta melibatkan diri dengan aktiviti- aktiviti yang diadakan di PIM Kg Batu Embun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada peringkat awal penglibatan adik Muhammad Faris Irfan di PIM di mana pada waktu itu beliau masih lagi belum menjadi ahli di PIM, beliau dilihat kurang mempunyai ilmu pengetahuan berkaitan ICT sama ada dari segi mengendalikan komputer mahupun internet. Setiap kali beliau datang ke PIM beliau hanya sekadar menemani rakan- rakannya sahaja menggunakan perkhidmatan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah beliau melibatkan diri serta menjadi ahli di PIM, beliau sudah mula menunjukkan reaksi yang positif terhadap IT. Hampir setiap minggu beliau hadir mengikuti kelas- kelas komputer dan juga aktiviti- aktiviti yang pernah dianjurkan di PIM. Selain itu, beliau juga semakin kerap menggunakan perkhidmatan yang ada di PIM seperti fotostat, binding, cetakan warna dan pelbagai lagi bagi membuatkan kerja sekolah yang disuruh oleh gurunya di sekolah.

18 19 20