NAMA  : ROHANA BINTI MOHAMAD HUZAINI

UMUR  : 35 TAHUN

AHLI    :2017

 

Latar belakang

Puan Rohana  telah memulakan perniagaan Luffiya Skincare ini pada awal tahun 2017. Pada awalnya beliau merupakan salah seorang pengguna produk tersebut. Setelah melihat kesan positif produk ini terhadap dirinya lalu beliau menceburkan diri dengan menjual produk ini secara kecil – kecilan sahaja di mana beliau hanya mempromosikan produknya disekitar kediamannya  di Kampung Pulau Mansok, Jerantut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT beliau hanya tertumpu kedapa kerja hakiki sahaja. Namun setelah adanya peningkatan dalam kos hidup sedikit sebanyak memberikan beliau idea untuk menjana pendapatan sampingan. Tambahan pula, beliau kini sudah pun berhenti kerja dan hanya menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan secara langsung dan dalam  talian. Namun begitu, pada mulanya beliau hanya berkunjung ke Pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan dan internet wifi atas urusan kerja sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas usahawan dan juga kelas ICT yang disediakan di Pi, kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau juga semakin yakin untuk memgembangkan perniagaan secara online.Malahan beliau juga turut diajar cara mengambil gambar produk serta memasukkan copywriting yang sesuai dengan produk yang telah diusahakannya.

 

22 23 24