NAMA            : RAMISAH BINTI JAAFAR

UMUR            : 54 TAHUN

KEAHLIAN     : 2016

 

Latar belakang

Puan Ramisah  telah memulakan perniagaan Sulaman Baju & Handmade Bag ini pada awal tahun 2015. Pada awalnya beliau merupakan seorang tukang jahit baju yang menerima tempahan secara kecil kecilan dan untuk kegunaan sendiri. Lama kelamaan beliau menerima tempahan dari jiran-jiran dan rakan-rakan yang terdekat untuk menampung kos hidup kerana suaminya yang bekerja sebagai polis sudah pencen.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Ramisah kurang mempromosikan produk jualan beliau kerana kekangan masa dengan tugasan seharian dan juga kurang ilmu tentang keusahawanan.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu Embun, Jerantut beliau kini telah mempromosikan produk secara di dalam talian iaitu dengan menggunakan facebook. Beliau sering pergi PI Kg Batu Embun untuk memuatnaik gambar – gambar baru produknya dan belajar cara – cara yang lebih efektif terhadap pemasaran produk ini. Setelah beberapa minggu selepas beliau memasarkan produk ini secara dalam talian, hasilnya mula dapat dilihat setelah beliau mendapat banyak tempahan sulaman baju & tempahan membuat beg tangan & tempahan nama untuk di lekatkan pada baju pelajar sekolah.