NAMA            : M.HAIKAL RIDZUAN

UMUR            : 13 TAHUN

KEAHLIAN     : 2015

 

Latar belakang

Adik M.Haikal Ridzuan 13 tahun merupakan pelajar Tingkatan 1 di SMK JERANTUT. Beliau merupakan anak sulung dari tiga beradik. Beliau tinggal berhampiran dengan PIM dan beliau menjadi ahli PIM sejak Mac 2015 Beliau merupakan antara ahli yang paling aktif sejak mendaftar menjadi ahli PIM dan ahli yang paling kerap menggunakan kemudahan serta melibatkan diri dengan aktiviti- aktiviti yang diadakan di PIM Kg Batu Embun.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Pada peringkat awal penglibatan adik Haikal di PIM di mana pada waktu itu beliau masih lagi belum menjadi ahli di PIM, beliau dilihat kurang mempunyai ilmu pengetahuan berkaitan ICT sama ada dari segi mengendalikan komputer mahupun internet. Setiap kali beliau datang ke PIM beliau hanya sekadar menemani rakan-rakannya sahaja menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PIM

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah beliau melibatkan diri serta menjadi ahli di PIM, beliau sudah mula menunjukkan reaksi yang positif terhadap IT. Hampir setiap minggu beliau hadir mengikuti kelas-kelas komputer dan juga aktiviti- aktiviti yang pernah dianjurkan di PIM. Selain itu, beliau juga semakin kerap menggunakan perkhidmatan yang ada di PIM seperti fotostat, printing binding, cetakan warna dan pelbagai lagi bagi menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh gurunya di sekolah.