NAMA            : NOR FADILAH BINTI ADNAN

UMUR            : 36 TAHUN

KEAHLIAN     : 2019

 

Latar belakang

Seorang surirumah yang mempunyai 2 orang cahayamata. Beliau mengusahakan Home Bakery iaitu menjual pelbagai jenis manisan & kek yang dibuat sendiri di rumah nya di Taman Koperasi Jerantut. Beliau hanya mengusahakan pembuatan kek & pastry secara kecil-kecilan dan menerima tempahan hanya di kalangan jiran-jiran dan sahabat nya sahaja

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

 Pada mulanya beliau hanya datang ke Pusat Internet sekadar untuk menggunakan perkhidmatan percetakan dan internet sahaja. Hal ini kerana beliau kurang pengetahuan dalam bidang teknologi untuk mempromosikan produk yang dijual. Selepas mengetahui PIK Kg Batu Embun mengadakan Kelas Keusahawanan Shopee, beliau berminat untuk menyertai untuk mengembangkan perniagaan yang diusahakan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas keusahawanan yang disertai, beliau berjaya membuka satu pages Facebook untuk menjual produk pastry & kek nya secara atas talian iaitu mempromosikan nya di media sosia iaitu facebook. Facebook nya adalah EILA SWEET BAKERY Hasilnya beliau menerima banyak tempahan setiap hari dari orang luar sekitar jerantut. Sebelum ini pelanggan nya terdiri daripada kawan-kawan, saudara mara dan jiran sahaja tetapi kini sekitar jerantut telah mengetahui tentang pernigaan home bakery nya itu. Selain itu, beliau juga ada membuat pengeposan bagi pelanggan yang ingin mendapatkan Readymade Tart Shell.