NAMA            : ZAIYYANI BINTI ABIDIN

UMUR            : 56 TAHUN

KEAHLIAN    : 2018

 

Latar belakang

Seorang surirumah yang mempunyai 5 orang cahayamata. Beliau mengusahakan kedai menjahit di Kuala Tembeling secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum mendapat tahu PI1M Kg Batu Embun ada menyediakan kelas keusahawanan untuk usahwan kecil seperti beliau, beliau hanya menjual beg buatan tangan secara kecil-kecilan dalam kalangan keluarga terdekat dan kawan-kawan. Beliau berkecimpung dalam dunia perniagaan kecil-kecilan untuk membantu menambahkan pendapatan keluarga dan secara suka-suka bagi mengisi masa lapang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendapat tahu, Pusat Internet Kg Batu Embun ada menyediakan kelas keusahawanan shopee beliau cuba untuk menjual produknya di shopee dan ingin menjana pendapatan sampingan melalui shopee. Setelah mengikuti kelas usahawan dan juga kelas ICT yang disediakan di Pi, kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau juga semakin yakin untuk memgembangkan perniagaan secara online