Latar belakang

Seorang surirumah yang mempunyai 2 orang cahayamata. Beliau menjadi Agen bagi produk GB Skincare sejak tahun 2019 secara kecil-kecilan secara suka-suka untuk menjana pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup beliau dan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Beliau datang ke PIK Kg Batu Embun untuk menyertai kelas Shopee anjuran PIK Kg Batu Embun. Sebelum menyertai bengkel shopee ini, beliau hanya berniaga dan mempromosikan produk nya secara kecil-kecilan di facebook dan menjual dalam kalangan rakan-rakan terdekat dan jiran tetangga

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendapat tahu, Pusat Internet Kg Batu Embun ada menyediakan kelas keusahawanan shopee beliau cuba untuk menjual produknya di shopee dan ingin menjana pendapatan sampingan melalui shopee. Setelah mengikuti kelas usahawan dan juga kelas ICT yang disediakan di Pi, kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau juga semakin yakin untuk memgembangkan perniagaan secara online