NAMA  : SUFI ADNANI BINTI MOHD RADZI

UMUR  : 12 TAHUN

AHLI    :  2017

 

Latar belakang

Adik Sufi Adnani binti Mohd Radzi 12  tahun merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok. Beliau tinggal berdekatan dengan PI dan baru sahaja menjadi ahli PI sekitar Februari 2017. Beliau dan kawan-kawan merupakan antara pelajar yang sering mengikuti kelas & aktiviti yang di adakan di PI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum penglibatan dirinya di Pi adik Sufi Adnani binti Mohd Radzi tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan berkaitan Dunia ICT termasuk dari segi penggunaan komputer, internet dan sebagainya. Sebelum ini beliau kurang berminat untuk menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh PI Kg Batu Embun. Oleh hal yang demikian, beliau juga kurang mahir dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point dan Pengenalan Internet

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Selepas dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru,adik Ain Syahirah telah berjinak-jinak dengan  pencarian maklumat di laman web dan seterusnya menyalin atau menaip maklumat tersebut ke dalam perisian Microsoft Office. Selain itu juga, beliau turut belajar cara mencetak maklumat tersebut. Dari sehari ke sehari, beliau semakin gigih belajar menggunakan komputer.  Selain itu beliau juga belajar mereka email menggunakan akaun gmail dan menelaah pelajaran dengan menggunakan aplikasi percuma dalam talian. Modul seperti Microsoft Powerpoint, Excel dan Publisher juga turut dipelajari oleh adik Sufi. Berbekalkan usaha dan kerajinan beliau yang selalu datang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dan juga petugas PI  Kg Batu Embun, adik Sufi sudah mahir menggunakan komputer dengan cekap.