Nama

: MUHAMMAD ANAS FITRI BIN MOHD RADZI

Umur

: 10 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Beliau merupakan pelajar tahun empat di Sekolah Kebangsaan Pulau Mansok. Beliau juga merupakan anak kedua dalam keluarga.Beliau sering mengikuti kelas ICT antaranya ialah kelas Pengenalan Komputer, Microsoft Office 2010 (Word, Excel, Power Point), E-Pembelajaran, Dashboard Komuniti dan Kuiz Klik Dengan Bijak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau hanya dating ke Pusat Internet Kg Batu Embun untuk menonton Youtube sahaja, tiada kpendedahan berkaitan dengan ICT.  Oleh hal yang demikian, beliau juga kurang mahir dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Namun begitu, ketika Pusat Internet mengadakan kelas/bengkel, beliau telah mengikuti latihan yang dianjurkan. Semasa mengikuti latihan tersebut, beliau diajar kemahiran menggunakan Microsoft Office seperti menaip pantas. Selain itu, kemahiran menggunakan internet secara bijak juga telah diterapkan kepada beliau.