NAMA            : PUAN MARIA BINTI KASSIM

UMUR            : 51 TAHUN

KEAHLIAN    : 2020

 

Latar belakang

 Maria binti Kassim merupakan pemilik Kedai Kasut Millique Maju yang beroperasi hampir 11 tahun. Kedai tersebut  terletak di Lot Bangunan Arked Mara Jerantut. Perniagaan pertama Maria bermula pada tahun 2008 secara kecilan di Uptown Jerantut dengan modal yang kecil hasil titik peluhnya sendiri. Pada tahun 2011, beliau mula mengusahakan perniagaan secara serius apabila mendapati wujud trend permintaan yang tinggi dalam kalangan remaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum mendapat tahu PIK Kg Batu Embun ada menyediakan kelas keusahawanan untuk usahawan kecil seperti beliau, beliau hanya menjual kasut secara keci-kecilan di kedai nya di bangunan Arked Mara.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengetahui PIK Kg Batu Embun ada menyediakan kelas keusahawanan beliau menyertai kelas yang diadakan untuk mempromosikan kasut kasut yang dijual nya secara atas talian. Untuk permulaan, beliau menyertai kelas keusahawanan Shopee yang dianjurkan oleh PIK Kg Batu Embun.