NAMA            : PUAN ROSHANIZA BINTI MOHAMAD

UMUR            : 35 TAHUN

KEAHLIAN    : 2016

 

Latar belakang

Puan Roshaniza binti Mohamad telah memulakan perniagaan menjual kek ini pada hujung tahun 2019. Perniagaan ini dibuat secara kecil – kecilan sahaja di mana beliau hanya mempromosikan produknya disekitar kediamannya di Taman Embu Jaya dan kawasan sekitarnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum beliau terlibat dengan PIK Kg Batu Embun, pendapatan beliau tidak begitu memberangsangkan. Pendapatan yang diperolehi beliau hanya dalam lingkungan RM150 – RM 300 sebulan sahaja. Pelanggan tetap beliau pada ketika itu hanyalah dalam lingkungan 10 orang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu Embun, Jerantut beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan produk jualan beliau. Selain itu juga, beliau turut mempromosikan perniagaan bakery ini melalui platform e-commerce seperti Shopee, Carousale. Pelanggan beliau kini semakin bertambah setelah ramai pelanggannya mengetahui jualan beliau melalui facebook page dan juga melalui platform e commerce tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah  RM800 ke RM1500.