NAMA  : NUR ADRIANA DAMIA BINTI MOHD SHAHRUL

UMUR  : 11 TAHUN

AHLI    :2017

 

Latar belakang

Nur Adriana Damia Binti Mohd Shahrul berumur 11 tahun dan tinggal berhampiran dengan PIK . Beliau menjadi ahli PIK sejak November 2017. Beliau merupakan antara ahli yang paling aktif sejak mendaftar menjadi ahli PIK dan ahli yang paling kerap menggunakan kemudahan serta melibatkan diri dengan aktiviti- aktiviti yang diadakan di PIK Kg Batu Embun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pada peringkat awal penglibatan adik Nur Adriana di PIK di mana pada waktu itu beliau masih lagi belum menjadi ahli di PIK, beliau dilihat kurang mempunyai ilmu pengetahuan berkaitan ICT sama ada dari segi mengendalikan komputer mahupun internet. Setiap kali beliau datang ke PIK beliau hanya sekadar menemani adik beliau menggunakan computer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah beliau melibatkan diri serta menjadi ahli di PIK, beliau sudah mula menunjukkan reaksi yang positif terhadap IT. Hampir setiap minggu beliau hadir mengikuti kelas- kelas komputer dan juga aktiviti- aktiviti yang pernah dianjurkan di PIK. Selain itu, beliau juga semakin kerap menggunakan perkhidmatan yang ada di PI1M seperti fotostat, binding, cetakan warna dan pelbagai lagi bagi membuatkan kerja sekolah yang disuruh oleh gurunya di sekolah.